Monday, 18 February 2013

melayu people

Secret Weapon

Dalam diri orang Melayu terdapat satu sifat.Dimana sifat ini adakalanya tidak boleh dikalahkan oleh bangsa lain.

Orang Melayu menggunakan sifat ini setiap masa untuk membiarkan ia menjalani satu proses 'pematangan'.Dengan sifat ini,orang Melayu nampak lemah dan mudah dipijak-pijak.Tetapi sampai satu ketika,apabila proses 'pematangan' sudah masak,it's turn into next level...

Proses pertama ialah gemar melayani tetamu.Ini juga adalah sifat terkenal bangsa Arab.Dalam agama,kita dididik supaya menjamu tetamu selama tiga hari.Hari seterusnya terpulang kepada tuan rumah,dan jika terus menjamu,pemberiannya dianggap ihsan kepada tetamu itu.Apabila tetamu tadi melebihi had masa malah tinggal dirumah mereka selama berhari-hari,berminggu-minggu hingga buat seperti rumah sendiri di dalam rumah,anehnya orang Melayu akan menyediakan tempat lain khas untuk tetamu tadi supaya dapat tinggal bersama.Ini sifat yang mulia.Berkongsi nikmat yang Tuhan berikan sesama manusia.

Proses kedua,gemar bertolak ansur.Orang Melayu bersifat lembut dan perlakuannya halus.Mereka suka bertolak ansur terutama orang luar yang meminta simpati.Walaupun akhirnya orang luar tadi memijak kepala mereka,ajaibnya mereka akan menyusun kata-kata menyedapkan hati,atau mula merapatkan diri kepada agama,menenangkan kesedihan diri.

Proses yang ketiga,menghormati orang lain.Orang Melayu sifatnya menghormati orang lain.Mereka menghormati orang lain sehingga tahap orang lain bersikap kurang ajar dengan mereka.Namun ajaibnya,orang Melayu membiarkan sahaja malah menyusun lagu penglipurlara menyedapkan hati mereka.Mereka tidak suka diganggu.Biarlah hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang namun mengganggu hidup orang lain jangan sekali.Walaupun orang itu sentiasa berdendam dengan sikap damai orang Melayu.

Proses yang keempat,sifat damai dan sentosa.Orang Melayu sukakan kedamaian.Mereka tidak akan cepat cari gaduh.Jika berkelahi,cepat sejuk.Lagi-lagi orang yang bergaduh dengannya cepat-cepat meminta maaf.Orang Melayu cepat cair dengan permohonan maaf.Walaupun selepas itu kepalanya diketuk 1000 kali.Selang sekali,mohon maaf.Lepas tu kena ketuk lagi.Anehnya,orang Melayu sekali lagi akan duduk di satu sudut terpencil dan berpenglipurlara mengenang nasib sendiri.

Proses kelima sehingga ke X adalah rahsia....

Sampai satu masa,semua proses akan masak seperti ramuan dalam satu ketuhar.Apabila masak...the next level ialah....

CHAOS

'Chaos' di sini tidak fokus kepada pemberontakan fizikal,TETAPI INNER PSYCHOLOGY DISORDER.

Ia seakan telepati dan ia akan dihantar ke sistem mental musuh.Ia akan terjadi berulang-ulang sehingga mencipta satu gelombang INNER EMOTIONAL DISORDER,sehingga musuh tadi mengalah secara tiba-tiba.

Kelemahan dan kesabaran orang Melayu adalah senjata mereka yang paling ampuh.

Orang yang bijak tidak akan terburu-buru mempamerkan senjatanya.Harimau,apabila tidak menyerang,dia akan MENYIMPAN KUKUNYA.

but at certain time,you will see the tiger claws...

Orang yang paling sabar adalah orang yang paling dasyat kemarahannya.

so...beware


kredit by Cik Srikandi 

No comments:

Post a Comment